Friday, June 22, 2012

Story 1


HELLO, CRAZY!!=)
~CINTA YANG HILANG~

            Ah,mesej baru masuk! Dania membaca mesej itu dengan dada berombak kencang. Mungkinkah lelaki itu lagi? Ataupun mesej maxis free gift yang sering menyibuk di mesej inbox-nya itu?
Hye, bleh kenal ? I’m your secret admirer ..I’m already in love with you ,my snow white since that day ..
~orang gilakan awak~
            Sah, memang giler mamat nie! Pagi tadi baru sahaja dia mendapat bunga mawar darinya ..tiga kuntum mawar yang bermaksud I love you. Mamat tu bukannya tak tahu yang dia sudah berpunya dan kini akan menikah  pada tahun hadapan dengan her prince charming, Mohd Aiqell Fahmin yang dahulunya merupakan rakan sekelasnya di sekolah menengah. Tak kuasa dia nak layan mamat angau macam dia tu! Entah-entah orang tu gile sewel! Tak mahulah berboyfriendkan orang gile,hello!Lagipun, tunangnya sekarang sudah cukup untuknya .Dahlah kacak ,kaya ,baik pulak tu! Manalah nak cari lelaki sempurna macam Aiqell tu .
            So, baiklah dia hargai Aiqell sekarang!Manalah tau itu jodohnya sampai ke tua ! Namun entah kenapa , dia merasakan lelaki itu semakin jauh darinya hari demi hari.Kadang-kadang bersua muka pun Aiqell tak mahu .Katanya sibuk uruskan persiapan majlis kahwin sedangkan orang yang uruskan adalah emaknya secara keseluruhan.Tak pelah mungkin dia memang menolong emaknya uruskan majlis itu. Sebab tulah die penat kot!Think positif,Nia!Mana mungkin Aiqell menipu cintanya..kerana dia yakin Aiqell juga mencintainya setulus hati.
            Dania gadis sederhana yang baru berumur23 tahun..sekarang dia tahun kedua untuk master.Manakala..Aiqell berumur 25 tahun dan sudah bekerja di syarikat ayahnya sebagai naib CEO.Ah,memang impiannya untuk berkahwin dengan lelaki yang layaknya seperti putera.Di kolejnya dia mengambil bidang seni dan banyak terlibat dalam teater dan persembahan.Namun pada mulanya , dia hanya dapat watak kecil je dalam persembahan dan teater ..namun pada suatu hari dia dapat watak utama dalam pementasan cerita snow white. Itupun senior Reena, pengarah teater yang juga merupakan rakan serumahnya , mencadangkannya.
            Kata Reena, Dania memang sesuai untuk watak itu kerana 1. Kulitnya amat putih..2.wajah lawa setanding heroin teater  yang lain..3.dia pandai berlakon..Dan apa salahnya dia diberikan satu peluang untuk menunjuk bakatnya yang terpendam selama ini.Akhirnya selepas tamatnya persembahan itu, ramai pula yang menguratnya.Dan sejak hari itu dia sering mendapat watak utama dan menjadi popular..Dan sejak itu lelaki ituyang tak dikenalinya terus mengganggunya dengan menggunakan gelaran ‘orang gilakan awak’. Begitulah penangan Dania Attaschya binti Daniel Azahan.
            Dan kini dia sering menerima mesej daripada lelaki itu.Cadangnya dia hendak menukar nombor cell phone namun nombor itulah satu-satunya peninggalan arwah ibunya danpeluang untuk berhubung dengan bapa dan adik kembarnya yang telah lama hilang sejak ibunya berpisah dengan bapanya.Manalah tau bapanya akan menghubunginya suatu hari nanti. Dan sejak ibunya meninggal  tujuh  tahun lalu, dia tinggal bersama nenek dan datuknya di kampong. Dan kini dia menyewa rumah bersama tiga lagi kawan karibnya, Roselle, Reena dan Serina. Namun Rosselle sudah meninggal dunia akibat menghidapi barah hati. Roselle adalah kawannya selama ini dan mereka tak ubah seperti kembar dahulu sebelum Roselle juga meninggalkanya buat selama-lamanya.
            Ah,mesej lagi..
Kata orang, cinta itu buta..kata orang, cinta itu gila..kata mereka memang benar  kerna aku suda mula buta dan gila demi cinta kamu.I love you..
~orang yang gilakan awak~
            Dania tergelak membaca mesej yang baru diterima itu..Walaupun dia rasa agak takut dan bimbang dengan kehadiran secret admirer itu, namun Dania rasa terhibur sekali sekala.Aiqell yang semakin tak endahkannya membuatkan dia rasa sedih dan terabai.So apa salahnya dia melayan secret admirernya ,at least ada juga orang menghargainya .Huh, apa gunanya title tunang Aiqell,jika sekarang dia dan Aiqell semakin berjauhan.
            “Aiqell, jomlah lunch same hari ni..dah lama kita tak keluar sama!Maklumlah you always busy  je.Manelah nak pedulikan I ni kan!” Aiqell tersenyum kelat mendengar suara merdu tunangnya  di  gagang telefon.
            “You ni.. dengar sini,I busy pun sebab keje .Dan semua ini untuk masa depan kite bersame jugak ! And sori , I tak dapat gi lunch dengan you . I ada meeting dengan client important  I. I ade banyak keje nie! I gotta go! Bye. Love you!” Dan panggilan itu tamat.
            “I love you too,Aiqell.” Dia menjawabnya walaupun dia  tahu lelaki itu sudah menamat panggilannya dan tak mendengar suaranya lagi.
            Dania termenung sendirian  lalu kembali membaca mesej lelaki gila itu.Di sekolah  menengah sehingga universiti , dia baik dengan semua orang namun satu-satu kawan baiknya yang sentisa berada di sisinya  selama ini adalah Vannahita Roselle . Namun sejak Roselle meninggal dunia , dia rasa tidak tentu arah  dan mudah murung. Betapa sedihnya, dia kehilangan ibunya dan kemudiannya kawan karibnya, pula. Dan mungkin kini dia akan kehilangan tunangnya pula kerana tunangnya semakin menjauh kini. Apalah malang nasibnya ..
Dear Dania,
Your smile=) is like sweet candy. Your eyes^.^  shine like glowing star. And your face…??
~orang yang gilakan awak~
            Dania membaca mesej itu dengan penuh hairan.Dia membalasnya..
Dear orang gile,
And my face like what?
Can you tell me ,please?
Kemudian lelaki itu membalas mesejnya..Dania segera membacanya dengan penuh teruja..Lelaki ni  kadang –kadang macam Roselle, he always be there for her when she felt lonely and sad.
Dear Dania,
     Your face right now is sad and no longer happy as always. No smile in your face, your eyes don’t shine anymore as..before..If I am your boyfriend, I will not allow you to be sad..because I will always be there for you.
~orang gilakan awak~



            Dania tersenyum hiba . Alangkah bagusnya Aiqell seperti lelaki itu, kerna dia pasti bahagia  selama ini.Dani memandu kereta kelisa pink nya ke restoren Manis Madu,yang merupakan restoren kegemaran tunangnya.Apabila dia keluar dari kereta dan mahu memasuki restoren itu, alangkah terkejutnya dia , melihat tunangnya sedang bermesra-mesraan dengan seorang gadis seksi.Aiqell asyik berpeluk-pelukan dengan gadis itu di satu sudut yang agak sunyi.Patutlah dia menolak pelawaannya lunch same kerana mahu berfoya-foya dengan gadis lain.
Mentang-mentang dia jarang ke restoren ini keran terletak jauh dari kampusnya. Eh, mamat tu ingat dia ni apa ,senang- senang pula dipermainkan!She is not like that, okay! Dania menuju ke arah mereka dengan perasaan marah.Sampai hati Aiqell buat dia begini!Dania kini sedang berdiri di hadapan mereka sambil bercekak pinggang . Aiqell tergamam seketika namun gadis itu mengeratkan lagi pelukannya.
“Nia sayang, you buat apakat sini? Er..”Huh, gagap ! Sah-sah nampakmacam orang bersalah/
“Aiqell sayang, you tanye I buat ape kat sini ye? I skang tengah  lunch sorang-sorang sebab you busy keje , appointment dengan client la..”
“Memang  I tengah ada appointment dengan client ..Nie la client I..”
            “Are you sure? She doesn’t seem like a client to me…You dengan client memang suke peluk-peluk ye?”
            “Nia, I can explain…she is ..”
            Dania memotong apa yang hendak dikatakan oleh tunangnya”Your new girlfriend, right, my fiancée? Eh, laki tak guna ! Ingat aku bodoh ke nakkan orang tak guna macam kau ha. Eh, aku boleh cari lelaki better than kaulah!”
            “Nia,ye memang dia ni girlfriend I. I nak kahwin dengan dia.Bukan dengan you,okay!Ingat aku nak sangat ke dengan kau! Aku cume test ko je! Tak tau pulak ko sangkut dengan aku and my parents suke pulak dengan kau yang macam gadis kampung!You means nothing to me,Dania! “ 
            Hatinya ibarat dihiris-hiris sekarang.. Kenapa orang yang dicintainya sanggup menipunya? Adakah gadis kampung sepertinya  tidak layak mencintai lelaki seperti Aiqell?
           
Gadis  yang erat memeluk Aiqell tadi tiba-tiba menghampiri Dania. “I’m Tiana Nur Syefa’ina . It’s nice to meet you, Dania. I’m sorry to steal your fiancée.. I love him. And the village girl doesn’t suit to him…I think. Don’t  be so sad ..And don’t forget to watch my new movie , Lagenda Budak Setan 2 in this October.”
            Gilelah , die ni pelakon terkenal yang  tengah meletup di pasaran. Hmm.. patutlah Aiqell pilih die ni berbanding aku yang hanya pelakon teater di kolej. Harap je pelakon terkenal tapi  rampas tunang orang.
            “Fine, kite putus jelah..”Dania mencampak cincin pertunangannya di hadapan mereka berdua”I hope you both will be happy.”
            “We will  ... if you get lost from us!’Tiana menjeling ke arahnya kemudian. Dania beredar sambil diiringi air mata yang menits tak henti-henti.Hatinya sakit  dan hancur apabila mendapat tahu tunangnya  sebenarnya tidak mencintainya selama ini…















~KEDATANGAN SI DIA~

Di rumah ,Dania menangis sepuas-puasnya. Dia berkurung seharian tak mahu makan ,minum. Rakan-rakan serumahnya mula risau dengan sikap Dania itu. Pada keesokkan hari dia tidak pergi ke kolej dengan mengambil cuti sakit. Ya, dia memang sakit hati,jiwa.
Reena mula mendekati Dania “ Kau okay tak ? Kalau teruk sangat , pergilah ke klinik. Aku tengok badan kau lemah , muka kau pucat , dahi kau panas…Aku boleh hantarkan kalau kau nak.”
“Tak pelah Syah..Aku ade panadol and I’m still can stand up.Ko pegi jelah ke kuliah ..nanti lambat kang!” Dania tersenyum lemah.
            “Yelah, kalau ade ape-ape call aku ,okay!Risau pulak tinggalkan kau sorang-sorang. Jangan lupe makan ubat tau! Aku pergi dulu ,bye!”
Selepas Reena meninggalkannya, Dania mula termenung mengenangkan peristiwa semalam..She is always defeated by fate. Kadang-kadang dia terfikir bilalah dia dapat kehidupan yang baik dan indah yang sering dipapar di kaca televisyen.Dania memandang katil sebelahnya yang dahulu dimiliki oleh kawan karibnya, Vannahita Roselle .Dahulu , Rosellelah tempat dia meluahkan perasaan selama ini. Walaupun kini senior Reena  amat baik dengan aku tetapi aku masih tidak dapat meluahkan masalahku . Aku takut masalah aku akan menyusahkannya kerana  dia sedang sibuk di tahun akhir.Barang-barang Roselle masih lagi brada di tempatnya .
 Di mana keluarganya , dia pun tak tahu kerana last dia jumpa semasa pengebumian arwah Roselle. Dia pernah nampak abangnya dan seorang adik kecil. Abangnya agak baik dan ramah dengan orang lain. Dia dapat lihat sikap  seorang abang pada dirinya . Protective and independent . Dengar kata mereka berada di England, menguruskan syarikat perusahaan mereka di sana. Selepas pengebumian Roselle,dia yakin mereka tak mampu tinggal di Malaysia dengan kenangan arwah  di sini.Oleh sebab itu , mereka kini menetap di England.
Tuk..tuk..tuk..
            Pintu rumahnya berulang kali diketuk. Hish, siapa pulak ni?Dahlah dia tengah sakit , manelah larat nak bangun .Namun dia cuba menggagahkan dirinya untuk berjalan ke arah pintu dan membuka pintu. Dan dia ternampak seorang lelaki yang tegap berdiri di hadapannya.
            “Assalamualaikum, saya Mohd Daniel Rafael Fitri , abang kepada Nur Vannahita Roselle. Panggil saya Daniel.  ”kata lelaki itu. Oh ye, patutlah macam pernah nampak . Oh tetapi kenapa muka lelaki ini ada dua , takkanlah dia dah gile pulak!
“Wa’alaikumuss..ah..” matanya sudah berpinar-pinar . Dunia seolah-olah sudah terbalik baginya dan dia rebah di hadapan Daniel. Nasib baik Daniel sempat menyambut gadis itu dan memikulnya ke keretanya. Dia terpaksa hantar gadis itu ke hospital kerana keadaan gadis itu amat teruk. Cadangnya dia mahu ke rumah itu untukmengemas barang-barang adiknya dan juga berjumpa live dengan kawan baik adiknya itu.Tetapi akhirnya, dia terpaksa ke hospital ,menghantar gadis itu untuk dirawat. Tetapi dia tak kisah kerana gadis itu adalah kawan baik adiknya dan juga.. ah..
            “Encik ni ahli keluarga dia ke?”Tanya jururawat yang bertubuh kecil itu.
            “Ah, tidak. Saya kawan dia. Kenapa Cik?”
            “She must stay at this hospital for a night for her own good sake. So, awak kenalah bawa bajunya dan segala barang yang diperlukan. Dan awak atau ahli keluarganya boleh menjaganya. Saya minta diri dahulu.”  
            Daniel menatap wajah Dania yang sedang terbaring di katil. Cantik! Wajahnya putih bersih ,tiada sebarang cacat cela di mukanya. Bibir mungilnya merah berseri . Rambut ikal mayang cantik terurai  bila dilepaskan. Dia dahulu pernah berjumpa gadis itu semasa di drama teater dipentaskan di universiti dimana adiknya dan  gadis itu menuntut.Dia melihat dan adiknya.  gadis itu berlakon  sebagai snow white . Outstanding and superb lakonannya. Dan dia percaya gadis itu suatu hari nanti dapat akan menjadi pelakon yang terkenal suatu hari nanti.
            “Awak nie saper ha? Berani awak masuk rumah saya?” Kata-kata gadis itu menyentak lamunannya. Gadis itu memandangnya dengan pelik.
            “Haha..Buat kali kedua saya perkenalkan diri hari ini. Assalamualaikum, nama saya Mohd Daniel Rafael Fitri , abang kepada Nur Vannahita Roselle. Panggil saya Daniel. Awak ingat tak awak pengsan di rumah awak selepas saya perkenalkan diri buat kali pertama? “
            “Ah,ye ..maaf . Saya ingatkan awak ni orang yang suka mengambil kesempatan. Saya Dania Attaschya,kawan arwah Roselle .Saya kat hospital yek?”
            “That’s right. Memandangkan awak berada di hospital,saya akan melayan awak . Apa yang awak nak saya akan layan dengan penuh suka cita. Now I’m at your service, My Lady.”
            “Awak ni terlalu baiklah..Daniel. Saya sakit sikit je..awak tak perlulah susah-susah demi saya ni.” Tiba-tiba jari Daniel berada di bibir Dania, membuatkannya terperanjat .
            “Don’t be like that..awak kawan adik saya dan sekarang memandangkan kita dah berkenalan ,kita boleh dikatakan kawan. So,  friend helps friend  . Is that okay for you?So, cakap sekarang ,awak nak apa?”
            “ Saya nak telefon kawan saya.”
            “No problem, My Lady. Awak gune telefon saya ni.” Daniel menghulurkan telefon bimbitnya. Dania  tersenyum dan mencapai telefon itu, mula mendail nombor telefon kawannya iaitu ,Reena.Mesti Reena sedang risaukannya ..
Daniel membalas senyuman itu dan merenung wajah Dania yang polos itu.Kasihan, pasti dia sedang mengalami kesusahan dalam hidupnya.Dahulu adiknya ,Roselle sering menceritakan perihal Dania kepadanya. Roselle menganggap Dania sebagai kakak yang dia tidak pernah ada, memandangkan Dania hanya seorang anak perempuan di keluarga itu. Dan  pada masa itu dia mula mengenali Dania tanpa mengenali wajahnya. Dan kini dia dapat melihat wajah itu..namun terasa berbeza kerana  adiknya sudah tiada di sisi lagi.
“Daniel, kawan saya kata dia akan datang sekejap lagi, nak lawat saya. “
“Saya keluar kejap , beli makanan untuk kita berdua ni . Awak mesti dah laparkan. Awak nak apa- apa selain makanan..?”Daniel bingkas bangun dari kerusi.
“Itupun dah cukup untuk saya, Daniel. Thanks for everything.” Dania tersenyum lagi kepadanya . Haih, bisa  cair Daniel dengan senyuman manis itu ..”Ah,  awak jangan pergi lama sangat. Saya nak awak jumpa kawan saya nanti.”
“For you, my lady, I will never leave you so long. Awak risaukan saya yek..”
“Eh, mana adalah.”
“Okaylah, my lady. Saya pergi dulu . Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam .”



Dania tersenyum sendirian melihat lelaki itu beredar. Lelaki itu memang baik  padanya.Kebaikannya sama seperti Roselle. Namun dia rasa janggal jika berdua-duaan dengannya kerana walaupun dia abang kepada Roselle, namun dia tetap seorang LELAKI! Dan lelaki sebaik Daniel , tidak mustahil dia untuk jatuh cinta.Namun ,dia  takut untuk jatuh cinta lagi memandangkan cinta pertamanya hancur dan musnah begitu sahaja. Dia takut disakiti dan ditipu lagi dengan seorang insan yang bergelar LELAKI.
            Ah, mesej dari lelaki gila itu ! Dania segera membaca dengan senyap supaya tidak mengganggu pesakit yang lain.
Dear Dania,
I heard that you’re unwell right now.Oh, I wish that I was right beside you, so that you can be okay again.
~orang yang gilakan awak~
            “ Dania, kau okay tak ni? Sape yang bawak  kau ke sini, Dania? Aku ingat kau ke manalah menghilang  ...”
            “Relax Reena..Aku tahu kau risaukan aku..Kau duduk dulu. Tadi aku pengsan kat pintu rumah dan Daniel abang arwah Roselle..yang bawak aku ke sini.”
            “Daniel? Abang Roselle?  Buat ape dia kat rumah kita ni..? “Tanya Reena yang mula tenang.
            “Well , dia datang untuk kemas barang Roselle . Tapi sekarang dia pulak terpaksa jaga aku yang tak de kaitan langsung dengannya.   “Jelas Dania .Reena mengangguk perlahan,tanda faham maksud dan tujuan kedatangan Daniel  ke rumah mereka.
            “So, die kat mane sekarang? Aku pun nak jumpa dia jugak memandangkan dia tu abang kepada Roselle. Mesti hensemkan die, sebab Roselle pun lawa macam orang putih. Mesti ikut baka mak bapak diekan.”
            “Hensem .. Nanti dia balik, aku tunjukkan kat kau. Mesti kau suka. Tapi manalah kau nak campak si Putera Aiman. Lagipun kau tak lama lagi nak kahwin dengannya
“Eh, hello! Dia tu bukan putera pun. Nama je tengku perangai macam setan. Kenapalah aku kena kahwin dengan die?”


Dania hanya tersenyum melihat karenah seniornya @ kawannya . Ya,lelaki tu memang kacak. Senyumannya yang manis membuatkan dia juga hampir terpikat. Namun yang Dania paling kagumiialah kebaikannya. Mana mungkin kita dapat lihat lelaki yang baik dan tampan pada masa kini! Sebagai contoh, Aiqell Fahmin. Muka je harap hensem tapi perangai hancusss!!Tiba-tiba, seorang lelaki memberi salam,dan Reena hampir terkejut! Dania hanya tergelak melihat rakannya yang kelam kabut.
“Oh, maafkan saaya kerana terkejutkan awak. Ah, awak nie kawan Dania ye. Selamat berkenalan. Nama saya Mohd Daniel Rafael Fitri .You pule?”
“Reena. Nur Softiya Aireena . Terima kasihlah, sebab tolong kawan saya. “
“Ah, Daniel, Reena ni senior saya dan juga kawan saya .Dia ni dah nak kahwin dengan seorang putera. How lucky she is!”
“How unlucky I am, Dania! I don’t even love him. Dia dahlah playboy, kurang ajar. Famili aku paksa untuk kahwin dengan Tengku yang entah apa-apa tu. At least kau, Dania you will be married with a guy that you love!”
“Reena, aku tak jadi kahwin dengan  Aiqell ! Dia curang dengan aku. Aku nampak dia dengan perempuan lain. Pelakon popular, Tiana tu. Apa gunanya cinta seseorang yang tak menghargai kita balik.”
“I’m sorry. Aku ingatkan kau ..”
“Tak pe..I’m okay right now.”Daniel memandang Dania yang sedang menahan sebak di dada. Dia tahu betapa sakitnya jika dicurangi kerana dia juga pernah mengalami perkara yang sama. “Ah, Daniel ..tadi awak beli makanan kan! Awak beli apa yek?”
Dania berpura-pura gembira untuk menyelindungkan hatinya  yang sakit. Mana mungkin dia akan lupakan perbuatan Aiqell . Dan mana mungkin dia akan maafkan Aiqell! No way!
“Saya ada beli bubur,nasi dan kuih. Dania, awak makanlah bubur . Sedap ni , baik kamu berdua makan cepat! Saya nak balik dulu, rasanya my mom dah risaukan saya tak pulang-pulang . Urm, esok bile awak keluar hospital, awak call saya ye. No.saye ade kat atas meja tu. Saye akan jemput awak ye. Assalamualaikum.”
“Tapi..” Belum sempat Dania membantah , lelaki itu sudah beredar dalam sekelip mata. Kedatangan Daniel dalam hidupnya mungkin dapat mengubah hidupnya selepas ini.  Mungkin.
“I think you’re starting to fall in love with him, Dania!” Reena merenung mata Dania dalam-dalam.  Muka Dania mula merah padam. “Tok sah nak sembunyilah, Dania. I know you like this person. Okay apa dia ni. Lupakan Aiqell dan terimalah Daniel”
“Aku baru kenal dia sehari. Dan aku baru je putus tunang.  Aku tak bersedia lagi untuk  bercinta. Lagipun  aku pun tak tahu dia dah ada makwe ke tidak. Entah-entah dah kahwin kot.”
“Lah, takkan dah berputus asa kot. Lagipun aku tengok tak de pun cincin di jari die. So that’s mean he is single and available for you. Lagipun aku tengok kau memang tak sesuai lelaki tak guna macam Aiqell tu. You deserve better!”
“Kau pun same. Kau akan kahwin dengan Aiman ke?”
“Nak tak nak, aku kena kahwin gak dengan dia. Keluarga aku banyak berhutang dengan along. So, bagi nak jelaskan, aku kena kahwin dengan mamat kaya tu. Jangan risau, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Kau pun samelah kot. Mungkin kau memang dijodohkan dengan Daniel. Cuma kau je yang tak sedar. “
“Hmmm…”












~RAJUKKAH SI DIA? ~
            Dania memandang wajahnya di cermin. Kata emaknya, dia lebih menyerupai ayahnya. Sebab itulah,  rupanya seperti orang arab. Ayahnya berdarah arab dan british. Sedikit banyak dia menyerupai ayahnya yang dia tidak pernah bersua muka. Dan dia teringin sekali bertemu adik kembarnya. Mungkin wajah mereka seiras. Selepas Dania membasuh muka , Dania bercadang untuk telefon Daniel supaya tidak usah menjemputnya. Lagipun dia larat untuk berjalan dan mengambil teksi. Sebaik Dania keluar daripada tandas, Dania melihat Daniel berdiri di hadapannya  dengan seorang budak lelaki.
            “Saya takut awak akan lari. So saya datang sebelum awak telefon saya. Nie adik saya, Mohd Umar Darius. Darius kata die pernah jumpa awak .”
            “Oh, pernah . Roselle selalu bawa dia ke rumah kami. Hai Darius, akak Dania gembira dapat berjumpe dengan  awak.”
            “Darius pun same!”
            “Jomlah balik! Ke awak nak tinggal kat sini, cik Dania?”
            “Gile awak nie! Yelah,let’s go!”
            Setibanya di rumah, Aisyah dan Serina menunggunya di luar pagar sambil tersengih-sengih. Ah, suke benar diorang lihat Dania bersama dengan lelaki itu.
            “Eh, saper dua orang perempuan cantik tu? Kawan awak yek?”
            “ Awak kata nak kemas  barang Roselle. Masuklah , lagipun saya nampak awak ade peminat dua ekor kat depan tu. Pergilah layan.”
            “Awak jeles ke, my lady?”
            “Stop calling me like that. Panggil jelah Dania. And saya tak jelesla! Buat ape saye nak jeles. Kite ni just kawan and nothing’s more.” Dania terus  keluar dari kereta.
            “ Ye, kite ni memang kawan je, Dania. That’s nothing more.” Daniel tersenyum kelat lalu keluar dari kereta. “Hai Reena dan, awak ,cik?” Daniel memandang Serina yang tersipu-sipu malu di hadapannya. Dania meluat dengan perangai Serina yang ter’over’ gedik tu. Eh, dia tak jeles langsung tapi cuma menyampah dengan perangai Serina yang memang tak sefahaman dengannya sejak dari dahulu.
            “I’m Serina. Nice to meet you, Daniel. I’m still single, so why not.. ” Serina mula tersenyum menggoda dan cuba memikat Daniel di hadapan mereka.  Reena yang perasan riak muka Dania berubah , menghalang Serina mendekati  Daniel. “Eh, apa ni, Reena? Apasal pegang aku ni.”
            “Serina, apa kata kau buat air, aku rase Daniel pasti hauskan.” Serina dengan berat hati, melangkah masuk ke rumahnya.
            “Ah, tak pelah. Saya rasa saya tak dapat singgah lama kat sini sebab ada banyak hal lagi nak diuruskan. Lagipun, rasanya ada orang tak suka dengan kehadiran  saya kat sini. Dah orang tak suka, nak buat camnekan. Terpaksalah kite pergikan.” Kata Daniel , tersenyum sambil menjeling ke arah Dania. Dania menggigit bibir tanda geram. “Nanti saya  akan hantar orang untuk mengambil barang  Roselle esok hari. Baiklah saya pergi dahulu, Reena, Serina , Dania. Assalamualaikum.”
            Lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa menoleh ke arahnya. Merajukkah dia? Mana mungkin kerana tiada apa-apa hubungan antara mereka  selain kawan. Eh, ni yang payah  bile lelaki merajuk. Pelik! Selalunya  perempuan yang merajuk! Tapi in this situation , he is the one who is sulking . Haha..lawak pun ada . Tapi dia rasa bersalah juga terhadap Daniel kerana dia yang menolak perasaan itu. Dia tak mahu mencintai dan dicintai lagi akibat pernah dikecewakan oleh lelaki.
            “Kau pun bagilah can kat dia, Dania. Aku rasa dia suka kat kaulah. Kau lupekan kisah lama dan mulakan yang baru. Dan Daniel mungkin adalah jodoh kau yang sebenarnya, bukan Aiqell. Kau fikir jelah kata-kata aku ni sebagai kawan.”
            “Reena, entahlah aku keliru, Reena. Semua ni begitu cepat untuk aku. Aku baru je lepas kecewa dengan cinta dulu. Dan Daniel datang..begitu cepat. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tahu aku dah sakitkan hati dia. Tapi aku ..arghh..”
            “Aku tahu kau tengah keliru. Tapi Daniel tu lelaki yang baik . Dia bukan macam Aiqell tu. Kau patut beri peluang untuk diri kau untuk menerima cinta yang tulus. At least kau mencuba daripada tidak. Lagipun, peluang hanya sekali, Dania. Aku tahu kau suka dia dan dia pun sukakan kau.”
            “Kalau kau tak nak Daniel, aku nak.” Serina tiba-tba mencelah dalam perbualan itu. “He is handsome, gentleman and most important, he is rich. Bolehlah dia support my budget for shopping.”Dania dan Reena memandang Serina dengan rasa menyampah.
            “Well, ada orang menyampuk tak bagi salam. Serina, kaukan dah banyak pakwe. Tolonglah jangan rampas pakwe kawan kite ni pulak.”
            “Eh! Banyak cantik muka kau! Aku tak rampas pun. Lagipun Dania tak nak, ape salahnye, aku potong line.” Serina tersenyum.
            “Aku nak. I love him.” Luahnya setelah melihat Reena bertelingkah dengan Serina di hadapan mereka. Meereka terdiam seketika dan memandang Dania. “Korang janganlah gaduh. Maafkan aku, Serina. He is mine.”
            “Hmmph..ambiklah mamat tu.. Aku tak kisah punlah. Aku banyak lagi lelaki menanti akulah. Tak kuasa aku nak berebut lelaki!” jerit Serina terhadap mereka berdua sambil berlalu pergi. Reena hanya tersenyum sinis melihat Serina masuk ke dalam biliknya.
            Dan kini dia sudah mula mencintai lelaki itu yang kini sudah jauh daripadanya. Memang salahnya kerana tidak memberi peluang terhadap mereka untuk bersama. Peluang kepada Daniel. Dan juga peluang kepada dirinya sendiri. Sejak hari itu dia tidak mendengar khabar berita mengenai Mohd Daniel Rafael Fitri. Barang-barang Roselle juga sudah dikemas dan dibawa pergi oleh  orang upahan Daniel. Dia pernah bertanyakan khabar Daniel kepada lelaki upahan itu namun dia sendiri pun tidak tahu apapun mengenai Daniel kerana dia cuma diberitahu oleh setiausaha kepada Daniel untuk mengemas barang-barang itu. Hanya itu sahaja.
            Sedang dia membaca novel “Aku Bukan Playboy”, dia menerima mesej dari lelaki gila itu setelah sekian lama dia tak menghubunginya.
Dear Dania,
If you really like someone, you should tell him right now. Don’t wait, if you don’t wanna lose him again.
            Dania membalas mesej itu dengan senyuman kelat.
I’m already lose him. I want to tell him but he is gone. I guess he already forget me. What else I must do to make him comeback to me?
Sekejap sahaja mesej baru masuk. Dania segera membaca mesej itu.
Just wait.



            Apa maksudnya? Dia kena tunggu! Tunggu apa pula? Orang tu dah pergi pun. Mana mungkin dia akan datang bergolek ke arahnya dan meminta cintanya kembali. Haha..lawak betul mamat sewel ni! Ah, malaslah nak layan mamat sewel tu. Baik dia habiskan membaca buku itu kerana sudah seminggu dia tak dapat habiskan bacaannya, busy dengan assignment yang melambak.
            “Dania ada surat untuk kau. Nak aku bacakan tak?” Jerit Reena dari pintu pagar di depan rumahnya.
            “Weh, mencerobohi privasi aku nampak? Bak sini surat aku!” Dania pergi ke arah Reena yang cuba membuka suratnya.
            Danua segera membuka suratnya. Dan alangkah terkejutnya dia kerana dia dapat kad undangan perkahwinan Mohd Aiqell Fahmin dan Tiana Nur Syefa’ina serta sepucuk surat daripada Tiana.
Hai Dania, well kau dah bacakan kad aku. Datanglah majlis perkahwinan aku ni. My parents mesti suka jumpa kau. Kau dah jumpa pengganti Aiqell ke belum. Mesti susahkan dapat lelaki sebaik Aiqell kan. Kau gadis kampong selayaknya dapat mamat kampong.
Sedarlah diri sikit Dania! Muka harap je cantik tapi taste kampong. Harap kau dapat datang dengan pakwe baru kau kalau ade. Kalau tak de, aku boleh tolong carikan! Anyway, I’m already  happy that the facts that I will married to Aiqell.
Dan jangan sesekali kau berangan nak rampas Aiqell dari aku! Dia takkan terpikat dengan kaulah! Tak datang pun takpe lagi aku suke..haha..Okaylah malas aku nak membazir masa untuk kau , lebih baik aku bersolek demi my wedding day. Bye!

BERSAMBUNG